REZEKI tidak salah alamat.

Mula terkenal menerusi aplikasi TikTok dan kemudian terlibat dalam video muzik lagu raya Hael Husaini berjudul Bersyukur Seadanya pada 2019, bintang media sosial Namie bakal bergelar pelakon tidak lama lagi.

Ujar Namie atau nama sebenar Najmi Shaharudin, 26, dia teruja untuk membintangi filem Gadis Jolobu yang bakal memulakan penggambaran tidak lama lagi.

“Saya bersyukur sangat sebab memang dah lama ada impian untuk berlakon, Alhamdulillah tahun ini dapat tawaran untuk berlakon filem Gadis Jolobu.

“Memang teruja dan berdebar pun lagi banyak sebab ini kali pertama kan... InsyaAllah boleh kawal kot,” katanya kepada mStar.