Polis menahan seorang lelaki dipercayai pemandu kereta Toyota Vios yang membawa kanak-kanak di atas but belakang kenderaan yang sedang bergerak, yang tular di media sosial, sejak beberapa hari lepas.<br /><br />Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Ismail Dollah berkata lelaki berumur 49 tahun itu ditahan pada kira-kira 7.45 malam tadi di rumahnya di Taman Nusa Damai, dekat Pasir Gudang, selepas polis bertindak atas maklumat orang awam.