Seluruh rakyat Malaysia diharap dapat bersama dalam menghayati Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dengan menghadiri acara-acara yang dianjurkan sempena istiadat berkenaan bermula esok.<br />Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof, menghayati istiadat itu merupakan merupakan manifestasi untuk rakyat lebih memahami dan menghormati Institusi Raja-Raja dan Yang Di-Pertuan Agong khususnya.
