Pihak berkuasa mengesahkan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta selamat daripada ancaman bom.<br /><br />Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Shanmugamoorthy Chinniah, berdasarkan siasatan, persekitaran kawasan mahkamah berada dalam keadaan terkawal.<br /><br />Sekitar 12.30 tengah hari Khamis, pihak polis menerima panggilan yang mendakwa terdapat bom dalam mahkamah berkenaan.
