Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang merampas pelbagai barangan berjenama tiruan yang dijual kepada pelancong asing di Pasar Malam Batu Feringghi.<br /><br />Timbalan Pengarah yang juga Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Negeri, Chin Ching Chung berkata, rampasan dibuat dalam operasi yang dilakukan bersama Jabatan Imigresen.