Seorang pekerja restoran warganegara India dipercayai membunuh rakan senegaranya sebelum bertindak menggantung diri dalam kejadian di sebuah rumah kedai di Taman Bertam Ria 2, Kepala Batas Pulau Pinang pada Sabtu.<br /><br />Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 petang, mayat lelaki berusia 26 tahun yang dikenali Azad Mubarak-Bhai ditemui tergantung di kipas syiling, manakala rakannya Mubarak Ali ,28 tahun ditemui terbaring berlumuran darah di dalam bilik air di tingkat dua rumah kedai berkenaan.
