Mudah didekati rakyat jelata, tidak kekok bersama pelbagai lapisan masyarakat. Malah ada ketikanya, lebih selesa tidak mengikut protokol.<br />Barangkali, ia kedengaran 'cliche'. Tetapi itulah rumusan percakapan dan perbualan berhubung soal keperibadian Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhun Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah Shah.