Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan dakwaan bahawa beliau telah membuat pendirian bercanggah susulan skandal seks melibatkan menteri Kabinet sewaktu pentadbiran terdahulu dan ketika ini.<br /><br />Menerusi muat naik artikel di blognya, chedet.cc yang bertajuk 'Contradiction' atau bercanggah, Dr Mahathir menegaskan bahawa beliau tidak mahu terlibat dalam politik kotor tersebut.