Bagi rakan sekolah, Datuk Mohd Sohaimi Datuk Hamid , Al-Sultan Abdullah disifatkan sebagai seorang yang rendah diri sepanjang pengajiannya di sekolah.<br /><br />Malah, imbau beliau, baginda tidak pernah menganggap status anak raja sebagai penghalang untuk bergaul dengan rakan lain sama ada dalam kelas mahu pun di padang sekolah.
