Kemakmuran bersama rakyat menjadi teras komitmen kerajaan yang diterajui parti Pakatan Harapan dalam merencana program dan dasar bagi merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara maju, bermaruah dan merdeka.<br /><br />Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata walaupun baharu sahaja memegang tampuk pemerintahan kira-kira setahun, kerajaan telah menunjukkan komitmen yang tinggi dan berhasil dalam banyak perkara mengambil kira kedudukan kewangan negara yang diwarisi sebelumnya.
