Seramai 534 orang penduduk Semporna dari pelbagai kampung menerima geran tanah yang mereka telah usahakan sejak sekian lama.<br /><br />Daripada jumlah tersebut, seramai 437 menerima geran tanah native title (NT) dan 97 penerima lagi merupakan peneroka yang menerima geran tanah Sabah Land Development (SLDB).