Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang menunggu data daripada Polis Diraja Malaysia bagi mengenal pasti lokasi pembuangan bayi.<br /><br />Timbalannya, Hannah Yeoh, berkata ia penting bagi menentukan kaedah penyelesaian terbaik terhadap isu tersebut.<br /><br />Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Kempen Mencegah Pembuangan Bayi yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di ibu negara, pada Sabtu.