Malaysia wajar mengambil peluang daripada perang dagangan Amerika Syarikat dan China untuk meningkatkan perdagangan dalam ASEAN.<br />Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, Malaysia tidak seharusnya melihat perkara itu sebagai satu krisis, sebaliknya memanfaatkan peluang yang ada dalam usaha merancakkan ekonomi negara.