Umpama filem Hollywood, itulah gambaran kejadian rompakan barang kemas bernilai lebih satu juta ringgit di Jalan Chin Hwa, Taman Chateau, Ipoh pada Isnin pagi.<br />Dua kenderaan pacuan empat roda yang membawa empat beg berisi barang kemas dilanggar dengan sebuah lori curi kira-kira jam 6.30 pagi, sebelum melarikan barang kemas itu dengan sebuah kenderaan lain.