Rangka tindakan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) 2025, yang memasuki fasa kedua integrasi akan memberi tumpuan kepada mentransformasi rantau ini menjadi ekonomi yang lebih kohesif.<br /><br />Jelas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Ignatius Darell Leiking ia mampu menyokong usaha meningkatkan dagangan intra-asean yang berada pada tahap rendah ketika ini berbanding di peringkat global.
