Kuala Lumpur dan Jakarta perlu "bebas ekonomi'' dan tidak terlalu bergantung terhadap kuasa ekonomi besar seperti Amerika Syarikat dan China, demikian menurut Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Rusdi Kirana.<br /><br /><br />Beliau menyifatkan perkembangan terkini berhubung perang dagang China-Amerika Syarikat memberi impak langsung kepada kedua-dua buah negara.
