Kira-kira 300 jemaah menunaikan solat sunat hajat di Masjid Kariah Pantai, bagi memohon petunjuk berhubung kehilangan remaja warga Ireland, Nora Anne Quoirin.<br /><br />Solat sunat hajat yang dilaksanakan sejurus selepas Solat Jumaat itu diimamkan oleh Imam 2 Masjid, Mohd Taufik Awaludin.
