Setelah hampir tiga bulan tidak dibayar gaji, pekerja Utusan Melayu Berhad rancang mengadakan piket di hadapan ibu pejabat Utusan pada 19 Ogos nanti.<br /><br />Menurut Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ), Chin Sung Chew, hampir seramai 769 kakitangan terkesan dengan masalah penggajian ini sehinggakan terpaksa berhutang.