Seorang pemandu lori maut manakala pembantunya cedera parah selepas terlibat dengan kemalangan di kilometer 11.2 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE), Shah Alam awal pagi tadi.<br /><br />Menurut Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba Dan Penyelamat Selangor Hafisham Mohd Noor pihaknya menerima panggilan pada pukul 1.38 pagi dan seramai tujuh pegawai dan anggota digerakkan ke lokasi.