Polis mengesahkan pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) remaja perempuan warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, yang hilang sejak 4 Ogos lalu telah menemui satu mayat di lokasi pencarian.<br /><br />Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, pihak polis menerima panggilan sekitar 1.57 petang tadi dari seorang individu yang menemui satu mayat di lokasi kira-kira dua kilometer dari lokasi remaja berkenaan dilaporkan hilang.