Empat pendaki yang sesat ketika melakukan aktiviti lasak di Twin Peak di Bukit Frazer ditemui selamat oleh Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) pagi tadi.<br />Menurut Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan, dua mangsa wanita mengalami kecederaan terseliuh di buku lali manakala dua lelaki tidak mengalami sebarang kecederaan.
