Cukai pelepasan tidak sesuai dilaksanakan kerana ia bakal jejaskan kemasukan pelancong ke Malaysia dan Sarawak khususnya.<br /><br />Menurut Menteri Pelancongan, Keseniaan, Kebudayaan Belia Dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah pelaksanaan cukai berkenaan sedikit sebanyak menjejaskan sasaran lima juta pengunjung ke Sarawak.