Sebanyak 731 kes jenayah siber dilaporkan di Pulau Pinang membabitkan kerugian kira-kira RM20.6 juta dari Januari hingga Julai tahun ini.<br /><br />Peningkatan itu mendadak berbanding dua tahun sebelum ini apabila jumlah kerugian meningkat sebanyak RM10.3 juta atau 53.5 peratus, dan jumlah kes bertambah 66 kes atau 6.6 peratus.
