Seorang juruterbang Rusia diangkat sebagai wira selepas berjaya menyelamatkan nyawa 230 penumpang selepas pesawat yang dikendalikannya merempuh sekumpulan burung camar dalam kejadian di Moscow pada Khamis.<br /><br />Pesawat Ural Airlines Airbus 321 itu, yang berlepas dari Lapangan Terbang Zhukovsky di Moscow dalam perjalanan menuju ke Crimea, bagaimanapun sempat melakukan pendaratan cemas di sebuah ladang jagung.
