Lebih 53.4 peratus daripada 4,860 individu yang ditahan kerana kesalahan rasuah adalah mereka yang berumur di bawah 40 tahun.<br /><br />Hasil kajian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut mendedahkan 22.1 peratus responden penjawat awam mengakui sanggup menerima rasuah, sekiranya mempunyai kuasa atau kedudukan dalam jabatan kerajaan.
