Peguam Negara, Tommy Thomas memberitahu bahawa permohonan komital keluarga Muhammad Adib Mohd Kassim terhadapnya berhubung prosiding inkues bagi mencari punca kematian anggota bomba itu, tidak lengkap.<br />Peguam Kanan Persekutuan S. Narkunavathy yang mewakili Tommy berkata, keluarga Adib tidak memberitahu mahkamah bagaimana afidavit Peguam Negara telah mengganggu inkues.