Kementerian Belia dan Sukan akan memperkenalkan Malaysia Sport Challenge 2019, MySC’19 sepanjang Oktober ini yang juga merupakan kesinambungan Hari Sukan Negara.<br /><br />Timbalan Menterinya, Steven Sim Chee Keong berkata, MySC’19 akan dilaksanakan selama 31 hari berbanding tempoh sehari dilaksanakan Hari Sukan Negara.
