Pameran Hutan Kita menjadi salah satu strategi bagi menangkis kempen anti-minyak sawit oleh negara-negara Kesatuan Eropah sekali gus mempamerkan pemandangan muka bumi negara yang sebahagian besarnya masih dilitupi hutan berbanding kawasan ladang sawit.<br /><br />Ia menunjukkan kepelbagaian spesies flora dan fauna yang masih dilindungi selain mempamerkan maklumat pemetaan kawasan hutan negara dan ladang-ladang sawit di seluruh negara untuk rujukan dan capaian umum.<br /><br />Bersama wartawan Wan Syamsul Amly di Majlis Perasmian Pameran Hutan Kita oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Menara Kuala Lumpur.
