Ibu ayah mana yang tidak mahu melihat kejayaan anaknya. Itulah kasih pasangan Abdul Jalil Sahat dan Rahimah Abu Bakar yang berasal dari Muar Johor terhadap anaknya Haziq Fauzi Abdul Jalil. <br />Haziq Fauzi wakil negara untuk bidang kemahiran 'Refrigerator and Air Conditioning' merupakan anak bongsu dari empat adik beradik. <br />Anak muda berasal dari Muar, Johor sedang menghabiskan latihannya di GiatMara - UNIKL-MFI (Malaysia France Institut).<br />Kita ikuti temubual Editor Astro awani Hj Nazri dengan ibu bapa Haziq di Kazan Expo, Kazan Rusia Kejohanan Kemahiran Dunia (WSC2019) 2019.
