Lebih 100 peserta menyertai aktiviti berakit sambil membawa bendera jalur gemilang menyusuri Sungai Betis di perkampungan orang asli Kampung Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan.<br />Program anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, JPNIN itu dilaksanakan buat pertama kalinya bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan ke-62 dalam kalangan masyarakat orang asli.