Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, nasib Adun Tronoh, Paul Yong yang berdepan pertuduhan merogol pembantu rumah warga Indonesia, hanya akan diketahui selepas DAP mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat.<br />Katanya pemimpin kebangsaan parti itu sudah menyampaikan pandangan kepada pemimpin DAP Perak berhubung isu berkenaan.
