Jadikan Pulau Langkawi sebagai pulau rendah karbon bagi mengekalkan statusnya sebagai antara 10 pulau peranginan terbaik di dunia.<br />Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bertitah, aspek pemuliharaan alam semula jadi penting untuk menjamin kualiti persekitaran demi kesejahteraan rakyat di negeri ini dalam usaha mengejar kemajuan.
