Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedia menyiasat insiden ganguan sistem yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, sekiranya diminta berbuat demikian.<br /><br />Bagaimanapun Ketua Pesuruhjayanya,Latheefa Koya berkata setakat ini tiada sebarang aduan mahupun laporan yang diterima pihaknya berhubung perkara itu.<br /><br />Gangguan itu telah menjejaskan beberapa sistem lapangan terbang seperti sambungan wifi, sistem paparan maklumat penerbangan (FIDS), kaunter-kaunter daftar masuk dan sistem pengendalian bagasi (BHS).
