Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-62, kumpulan Axiata Berhad dan Celcom Axiata Berhad menerbitkan filem pendek berjudul Getaran Pertama bagi menyemarakkan kembali semangat perpaduan.<br /><br />Getaran Pertama mengisahkan perjalanan dalam pencarian pasukan koir pertama untuk menyanyikan lagu Negaraku, iaitu Lagu Kebangsaan bagi Malaya yang bakal merdeka pada 31 Ogos 1957.
