Polis Diraja Malaysia sedang mengkaji beberapa elemen berkaitan pengukuran indeks jenayah berikutan persepsi masyarakat yang masih berasa tidak aman dan selamat meskipun indeks jenayah turun setiap tahun.<br /><br />Menurut Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Datuk Seri Rosli Ab Rahman kaedah yang diguna pakai memerlukan penambahbaikan agar keyakinan masyarakat selari dengan apa yang digambarkan.
