Perjanjian pengecualian cukai berganda, DTA yang akan dimuktamad dalam lawatan Perdana Menteri ke Kemboja dilihat berupaya merancakkan sektor pelaburan dan perdagangan antara kedua-dua negara.<br />Duta Malaysia ke Kemboja Eldeen Husaini Mohd Hashim berkata, perjanjian berkenaan sudah lama ditunggu memandangkan pelaburan masuk dari Malaysia sebelum ini sedikit sebanyak terhalang disebabkan cukai berganda.<br />DTA katanya, disifatkan sebagai sebagai platform pemudah cara untuk aktiviti perdagangan antara kedua-dua negara, terutama membabitkan eksport dan pelaburan.
