Seorang komando disyaki tertembak oleh rakannya sendiri dalam jarak lingkungan lima meter ketika melakukan latihan demonstrasi keupayaan tentera darat di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu pada pagi Rabu.<br /><br />Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Haris Ibrahim memaklumkan Allayarham Mejar Zahir Armaya sedang melakukan acara persembahan tembak sempena Majlis Perbarisan Penubuhan Divisyen ke-5 Infantri Malaysia dan Briged ke-13 Infantri Malaysia.
