Persatuan Pengurus dan Guru Sekolah Cina Johor telah diberi tempoh yang bersesuaian untuk meminda beberapa perkara berkaitan perlembagaan mereka.<br />Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara itu diputuskan ekoran rayuan yang mereka hantar secara rasmi kepadanya hari ini, susulan surat pembatalan yang dikeluarkan Jabatan Pendaftaran (ROS) pada 8 Ogos lepas.