Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad selamat tiba di Vladivostok Rusia untuk menghadiri Forum Ekonomi Timur 2019 hari ini.<br />Tun Dr Mahathir adalah antara empat Ketua Kerajaan dan Ketua Negara yang akan berkongsi pentas berucap dan mengambil bahagian dalam sidang plenari bersama Presiden Rusia Vladimir Putin.<br />Turut serta dalam sidang tersebut pada Khamis adalah Presiden Mongolia Khalt-Maagiin Battulga , Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe dan Perdana Menteri India Narendra Modi.
