Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN) menyerahkan sebanyak 200 ribu topeng muka kepada seluruh sekolah di Sarawak sebagai persediaan kepada murid yang mengambil Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).<br />Ini susulan negeri berkenaan dilanda jerebu dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) meningkat kepada tidak sihat dengan Kuching mencatatkan IPU sangat tidak sihat setakat awal pagi, Sabtu.
