Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan meneruskan projek perumahan nelayan yang sebelum ini terhenti kerana penstrukturan semula kewangan negara.<br />Pengerusi LKIM, Faiz Fadzil berkata projek akan diteruskan di seluruh negara, dengan 5,000 buah rumah kini dibina semula dengan kos lebih RM200 juta dan ia dijangka siap Disember 2019.
