Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) memaklumkan ia akan memanjangkan pameran MATTA Fair ke jam 11.30 malam pada Ahad, susulan kebakaran yang berlaku tengah hari tadi.<br />Dalam satu kenyataan, MATTA berkata semua operasi berterusan seperti biasa. Persatuan itu menyerahkan kepada pihak bomba untuk menyiasat punca kejadian. MATTA mengesahkan, tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.