Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berjaya merangkul gelaran johan pertandingan Debat DiRaja antara IPT 2019 bagi kedua-dua kategori Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pada pertandingan akhir yang berlangsung di Dewan Kecemerlangan, UniMAP, Pauh Putra, Perlis.<br /><br />Ini sekali gus menyaksikan pasukan pendebat dari UIAM mengulangi kejayaan yang sama mendominasi kedua-dua kategori yang pernah dilakar pada tahun 2007.
