Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mungkin akan memulakan operasi pembenihan awan (OPA) untuk menangani masalah jerebu di Sarawak esok, bergantung kepada kesesuaian keadaan atmosfera.<br />Ketua Pengarah Met Malaysia, Jailan Simon berkata jabatannya sentiasa memantau keadaan dari semasa ke semasa untuk kemungkinan melakukan opa jika keadaan atmosfera di negeri itu bertambah baik.