Perbicaraan 1MDB-Tanore melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Najib Tun Razak yang sepatutnya memasuki hari ke tujuh, ditangguhkan selepas peguam beliau Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan Najib mengalami konjuktivitis.<br />Muhammad Shafee berkata, setakat pagi ini, Najib belum lagi pergi ke klinik mata, namun beliau menjangkakan anak guamnya akan mendapat Sijil Cuti Sakit (MC) untuk tempoh sehari ke dua hari.<br />Firdaus Azil ada butirannya di bilik berita.
