Astro Malaysia Holdings Berhad (AMHB) merekodkan keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) pada RM169 juta.<br /><br />Ia peningkatan 920 peratus bagi suku kedua tahun kewangan berakhir Januari 2020.<br /><br />Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Henry Tan prestasi memberangsangkan itu dipacu langkah mendisiplinkan kos yang dilaksanakan syarikat disebalik landskap industri media penuh persaingan.
