Sebanyak 22 buah rumah di Baling, Kedah rosak selepas ribut yang melanda lima buah mukim di daerah terbabit petang Ahad.<br /><br />Dalam kejadian itu kesemua rumah rosak teruk di bahagian bumbung yang diterbangkan angin kencang selain banyak peralatan dan perabot musnah selepas ditimpa pokok tumbang.
