Sesi rundingan dan penerangan sedang dilakukan bagi memberi pemahaman kepada pihak terlibat terutama syarikat komersil sebelum Seksyen 17A Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM dikuatkuasakan Jun tahun depan. <br /><br />Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional, GIACC, Tan Sri Abu Kassim Mohamed menjelaskan, apa yang penting individu atau sesebuah organisasi memahami pelaksanaannya.
