Sebanyak 20 ribu peluang pekerjaan akan terhasil dengan adanya pelaksanaan Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) termasuk kepada golongan yang berada di luar bandar.<br />Pelan pelaksanaan lima tahun dari 2019 sehingga 2023 yang dinamik ini bukan sahaja membuka peluang kerja, malah dapat merapatkan jurang digital di antara kawasan bandar dan luar bandar.
