Pantas dan konsisten!...<br />Demikian gambaran aksi kelab badminton KSKBC A apabila berjaya memenangi perlawanan akhir Kejohanan Badminton Astro Junior (AJC) 2019, sekaligus membawa pulang wang tunai RM6.000.<br />Pasukan lawan, Tactical Winpro terpaksa akur kehebatan KSKBC A selepas tumpas 0-3 dalam aksi akhir yang diadakan di Stadium Juara, Bukit Kiara pada Ahad.
